Sunday, 13 May 2012

VIDEO: transpiration and translocation

VIDEO: PHOTOSYNTHESIS

KUIZ: Penjagaan Tanaman


Bagi menjawab soalan ini, anda hanya perlu meninggalkan jawapan anda di bahagian komen pada entry ini. Kami, pihak warga media blog ini akan membalas bagi tiap-tiap jawapan yang anda berikan melalui komen di bawah. Selain itu, anda juga boleh menjawab soalan ini dengan menghantar emel kepada kami. SELAMAT MENCUBA!!! Terima Kasih..

Soalan 1
Apakah tujuan tanaman pembiakan?

Soalan 2
Apakah kaedah tanaman tanpa menggunakan biji benih?

Soalan 3
Berikan tujuan merumput dalam penjagaan tanaman.

Soalan 4
Terangkan cara membaja dengan tepat.

Soalan 5
Berapa kerapkah proses penyiraman dilakukan?

NOTE: Penjagaan Tanaman


Merumput
merumput dilakukan dengan tujuan membuang tumbuhan yang memberi saingan kepada tanaman utama.
rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan peralatan yang sesuai seperti serampang tangan



merumput



Menyiram
penyiraman dilakukan 2 kali sehari bagi menyegarkan pokok



menyiram


Menggembur
Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran tanah


menggembur

Membaja
Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan


membaja




Pengawalan
Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul


pengawalan

SLIDE: PEMBIAKAN TANAMAN DAN PENJAGAAN TANAMAN

KUIZ: Faktor-Faktor Yang MempengaruhiI Tumbuh



Bagi menjawab soalan ini, anda hanya perlu meninggalkan jawapan anda di bahagian komen pada entry ini. Kami, pihak warga media blog ini akan membalas bagi tiap-tiap jawapan yang anda berikan melalui komen di bawah. Selain itu, anda juga boleh menjawab soalan ini dengan menghantar emel kepada kami. SELAMAT MENCUBA!!! Terima Kasih..

Soalan 1
Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi tumbuhan.

Soalan 2
Apakah kesan hujan dalam mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan?

Soalan 3
Berikan kaedah untuk mendapatkan air yang optimum.

Soalan 4
Apakah kesan yang dapat mempengaruhi tumbuhan daripada faktor?

Soalan 5
Nyatakan amalan terbaik untuk mengelakkan kerosakan pada tanaman oleh rebut.

NOTE: Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Penghasilan Tumbuhan : Cahaya 2






Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
1. Memilih tapak penanaman yang sesuai
2. Menanam pada jarak yang sesuai
3. Menyediakan sokongan
4. Mengawal rumpai
5. Membekalkan cahaya tiruan
6. Mencantas

Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
a) Memilih tapak penanaman yang sesuai
· tanah lapang dan rata
· jauh daripada bangunan atau pokok besar
· supaya cahaya tidak terhalang
· supaya kadar fotosintesis tinggi

b) Menanam pada jarak yang sesuai
· jarak antara pokok dan baris sesuai atau seperti disyorkan
· bergantung kepada jenis tanah
· dapat mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya
· kawasan tanah yang terhad dapat diusahakan secara maksimum.
· contoh corak penanaman : segi tiga, segi empat , siku keluang
· Mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya dengan 3 sistem / corak penanaman iaitu Sistem Segi Tiga, Sistem Segi Empat dan Sistem Siku Kluang
- Dalam sistem segitiga ( Kepadatan pokok 20% lebih tinggi berbanding segiempat.

c) Menyediakan sokongan
· Untuk pokok jenis memanjat dan berbatang lembut supaya tumbuhan boleh memanjat dan tumbuh tegak untuk mendapatkan cahaya.
· Untuk anak-anak pokok yang sedang membesar
· Tujuannya anak pokok mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
· Contoh sokongan : kayu tunggal ( Lada Hitam, Pokok Buah Naga ), berpara ( peria ), junjung ( kacang panjang ), pagar ( tomato )

d) Membekalkan cahaya tiruan
· digunakan apabila tempoh penyinaran cahaya semulajadi tidak mencukupi
· digunakan untuk mengaruh pembungaan
· menggunakan lampu pendarflour dan lampu pijar
· Kos penggunaan cahaya tiruan sangat tinggi dan terhad kepada pengawal aruhan bunga supaya bunga yang dihasilkan menepati kehendak pasaran.
· Sumber cahaya tiruan perlu digunakan serentak kerana:
o Lampu Pijar :
· Kecekapan penukaran tenaga elektrik rendah
o Lampu Pendaflour :
· Kecekapan penukaran tenaga elektik tinggi tapi kekurangan cahaya merah dan infra merah.
· Tinggi gelombang biru
· Sesuai untuk pertumbuhan anakbenih

e) Mengawal rumpai
· Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang tidak dikehendaki.
· supaya rumpai tidak menaungi tanaman
· cara mengawal rumpai seperti mencabut, mencangkul, meracun
· Rumpai perlu dikawal untuk mengelakan persaingan mendapatkan ruang, makanan, cahaya antara tanaman

f) Menanam tanaman selingan
· Menanam tanaman jangka pendek dicelah-celah tanaman jangka panjang.
· Contoh tanaman : keledek, pisang, jagung, kacang tanah, lada sementara menunggu hasil tanaman kelapa sawit, getah, buah-buahan.

g) Mencantas
· Membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
· Memberikan lebih banyak cahaya sampai ke bahagian pokok yang terlindung.